Thursday 31 January 2013

-INSAN BERNAMA MASYITAH-


DENGAN NAMA ALLAH YANG AMAT PEMURAH LAGI AMAT MENGASIHANI..

Control tv ku tekan-tekan untuk mencari channel yang menarik...
Tiba-tiba,mataku tertarik pada rancangan ‘MASyITAH’-TV3..

Ok... cerita ni memaparkan ketabahan seorang insan bergelar isteri dan ibu yang bernama MASYITAH..

Masyitah berkahwin seorang pengarah sebuah syarikat yang bernama HALIM..
HALIM mempunyai seorang ibu tiri  dan seorang adik lelaki tiri..

Hasrat Halim untuk memperisterikan Masyitah tidak dipersetujui oleh ibu tirinya..
Namun, Halim tetap dengan keputusannya... Demi harta,ibu tirinya menerima keputusan Halim.. Halim dikurniakan seorang anak yang bernama FAEZ..

Pada suatu hari,dalam perjalanan mereka untuk bercuti, ibu tirinya menyuruh mereka untuk membatalkan hasrat untuk bercuti..
Halim terpaksa menurut kehendak ibu tirinya itu atas nasihat isterinya..walaupun dia tahu yang Masyitah dan Faez kecewa..

Dengan takdir Allah, mereka terlibat dalam kemalangan..
Faez disahkan cacat kekal..dia tidak boleh bercakap dan tangan kirinya tidak boleh bergerak..

Sejak itu,Halim tidak dapat menerima kecacatan yang berlaku pada Faez.. ibu tirinya juga memaksa untuk mengurung Faez di rumah kerana tidak mahu nama syarikat Halim terjejas kerana mempunyai anak yang kurang upaya..

Masyitah dinaikkan pangkat..
FATIN...inilah rakan tempat dia mengadu dan meluahkan peraasaan selapas Halim tidak lagi bersikap penyayang seperti dulu..
Halim jarang pulang ke rumah..

Apa yang menyentuh hati saya ialah perbualan antara Masyitah dan Fatin..

Masyitah : akak rasa,akak nak  hantar Faez ke sekolah kanak-kanak khas.
Fatin       : Tapi tu semuakan perlukan duit kan akak?(walaupun Halim seorang yang kaya,namun,Fatin tahu      
                yang Halim tidak akan megeluarkan perbelanjaan untuk Faez).
Masyitah : in syaa Allah fatin..akak dah mula buat website dan perniagaan online..(bertapa bijaknya 
                Masyitah mengambil peluang dan mencari sumber pendapatan sendiri demi membahagiakan 
                anaknya).
Fatin        : Abg Halim tak marah? Dia selalu tak balik rumah..?
Masyitah  : Tak tahulah Fatin..
Fatin        : akak kena kuat..nama MASYITAH itu sendiri telah menunjukkan seorang yang cekal dan 
                 tabah..tapi,akak boleh kehilangan abg Halim?
Masyitah  : pada zaman dahulu pun Masyitah diseksa oleh Firaun..Firaun akan mencampakkan suami dan 
                 anaknya ke dalam air panas jika Masyitah masih mengaku Allah sebagai tuhannya.
                 Namun,Masyitah masih mengaku Allah sebagai tuhan yang Maha Esa. Akhirnya,dia kehilangan   
                 suami dan anaknya..apalah sangat akak kehilangan abg Halim jika dibandingkan Masyitah 
                 kehilangan suami dan anaknya malahan kehilangan nyawanya..

Yup..kan cni,saya dapat rasakan bahawa apalah sangat pengorbanan kita pada masa ini jika dibandingkan dengan pengorbanan umat Islam pada masa dahulu menegakkan agama Islam..

Masyitah terus mendidik Faez sehingga Faez pandai menguruskan diri..tambah memilukan hati,Masyitah Berjaya mendidik anaknya sehingga pandai mengaji al-quran..subhanallah..begitu cekalnya dirimu insan yang bernama MASYITAH.

BUAT BAIK BERPADA-PADA,BUAT JAHAT JANGAN SEKALI..

Halim terlibat dalam kemalangan..dia lumpuh sebahagian badan dari pinggang hingga ke bawah...ibu
 tirinya dan adiknya tida mahu menjaga dirinya..namun,Masyitah isteri solehah..dia tetap mahu menjaga suaminya walaupun,dulu, dia dihiraukan..walaupun Halim pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin satu  lagi sebelum kemalangan,Masyitah tetap redha..

Hebatnya ketabahan di sebalik nama MASYITAH..

No comments:

Post a Comment

Sparkly Santa Hat Ice Cream