Tuesday 22 January 2013

PENGUNGUMAN RASMI (m.carrot)



Assalamulaikum n selamat pagi... :)
start your day with your beautiful smile...

Mulai  pagi yang indah hari ni, ana nak mengishtiharkan, ana hendak mula bahasa kan diri ‘m.carrot’ yang membawa maksud  miss carrot..

:)why carrot????
sebab saya suka makan carrot...heheheh. J dah terlanjur nak bahasa kan diri m.carrot, lebih baik m.carrot ceritakan sedikit tentang khasiat LOBAK MERAH atau dikenali sebagai “carrot” dalam Bahasa English.

Antara khasiat lobak merah ialah :


1. Lobak sangat baik untuk sistem limfa dan perut kita.

2. Memperbaiki masalah seksual, rabun malam dan batuk yang berpanjangan (tidak mahu sembuh dalam jangka masa yang lama).

3. Menguatkan buah pinggang, mengeluarkan angin dan kesejukan berlebihan dari badan kita.

4. Lobak sangat terkenal dengan sifat anti-kanser. Kajian menunjukan orang yang kekurangan beta kerotin 2 kali ganda lebih mudah mendapat penyakit kanser (barah). Adalah baik untuk makan lobak setiap hari bagi mengelakkan kanser. Ini adalah kerana beta kerotin di dalam lobak mudah ditukar kepada vitamin A untuk kegunaan badan kita. Vitamin A juga penting untuk pertumbuhan sel yang sihat, sistem imunisasi (sistem petahanan/kekebalan badan dari penyakit) dan perlindungan terhadap kemerosotan (degenerasi) maskular.
Kajian juga mendapati karot yang mengandungi asid folik, kumpulan vitamin B, berkesan untuk melawan radikal bebas (bahan yang menyebabkan kanser) dalam badan kita. Lignin yang ditemui dalam karot juga membantu menguatkan sistem kekebalan tubuh kita untuk melawan sel-sel kanser. 

5. Lobak juga mengandungi suksinat potash yang bersifat ubat anti-hipertensi juga dapat membantu mengurangkan tekanan darah. Oleh kerana itu, juga dianggap sebagai diet yang baik bagi pesakit tekanan darah tinggi. Lobak adalah bahan yang larut dalam lemak, zat-zatnya lebih senang diserap oleh badan dengan kehadiran minyak. Oleh itu, masukkan setitis minyak zaitun ke dalam segelas jus lobak untuk penyerapan nutrisi yang lebih berkesan oleh tubuh kita. Lakukan ini demi kesihatan.



foto 1 : LOBAR MERAH (CARROT)

JADI,MARILAH KITA BERSAMA-SAMA MENGAMALKAN GAYA HIDUP SIHAT DENGAN MENGAMALKAN MAKANAN BERSUMBERKAN CARROT.. :)

2 comments:

Sparkly Santa Hat Ice Cream