Sunday 3 February 2013

-haTI iNi-



Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Amat Mengasihani..


Hati ini selalu terdetik...
Benarkah apa yang kita lakukan ini..
Dosakah apa yang kita lakukan ini...
Kadang-kadang,hati ini tergerak untuk melakukan sesuatu..
Benarkah bisikan hati ini ialah langkah terbaik..

Sejauh manakah kesahihan bahawa gerak hati ini adalah benar..
Percayakah kita pada gerak hati..
Benarkah gerak hati ini petunjuk dari Yang Maha Esa..

Bagaimana jika gerak hati itu membawa kepada  kesesatan..
Bagaimana jika gerak hati ini membawa terputusnya tali persaudaraan kita...
Bagaimana jika gerak hati ini selalu bermain di fikiran kita..
Patutkah kita menyesal jika kita tidak mengikut gerak hati...

Anugerah dari Yang Esa..
Hati ini boleh menjadi suci...
Hati ini boleh menjadi gelap..
Namun,sebagai umatnya,,,
Kita harus berusaha menyucikan hati kita...
Tatkala kita merasakan hati kita sesuci kain putih,
Ingatlah bahawa ianya masih belum sesuci dada Nabi Muhammad..
Dadanya dibersihkan sendiri oleh malaikat Jibril..

Jadi,percayalah dengan gerak hati selagi membawa kepada kebenaran..
Jauhkan lah dari gerak hati yang membawa kepada kesesatan dan kejahilan..
In syaa Allah...

Wa Allah hu alam...
Nasihat untuk diri sendiri terutamanya..

#ada yang salah mohon teguran..

No comments:

Post a Comment

Sparkly Santa Hat Ice Cream