Friday 21 December 2012

mai CUBA oat..:)

assalamualaikum n salam indah buat semua...


hari ni ana nak carita tentang khasiat oat...sebab,pagi tadi, ana srapan oat....sedapa juga kalau kadang2 kita makan oat...tp,bukan la mkn mcm tu...kne la buat air milo atau susu untuk mkn sama dengan oat tu..kalau x,memang xde selera la nak mkn..heheheh.  :)

sebelum nak cerita pasal kebaikan oat ni,semua tahu x oat tu apa???hehehehe.lebih kurang mcm ni la gambarnye...




dia ada 2jenis...satu warna biru n stau lagi warna merah...yang warna merah boleh dimakan terus tanpa di masak...mak ana cakap,oat bagus untung kurangkan kolesterol..tp,dye boleh merendahkan tekanan darah...jd,yang tekanan darah rendah,jgn cuba2 taw,,,nanti pengsan pula...

ana biasa mkn oat dengan air milo atau  horlick..kadang2 ana mkn ngan jem starwberry...
ana xmalkan pun sebab takut ibu ana marah..ana ada tekanan darah rendah...jd,kenalah berjaga2..;)

antara kelebihan oat yang ana tahu:

Oat mengandungi serat larut yang secara aktif menyerap dan membantu menghapuskan kolesterol berlebihan yang boleh menyumbat arteri anda dan menyebabkan penyakit jantung.

Pengambilan oat membantu menurunkan tahap kolestrol dan akhirnya menjadikan jantung lebih sihat!

Penyelidikan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat secara tetap benar-benar berkesan untuk menurun dan memperbaiki tahap kolesterol.

Menjaga kesihatan jantung anda adalah semudah mengambil oat setiap hari.

Sebagai contoh, Quaker Quick Cooking Oatmeal dan Quaker Instant Oatmeal bukan sahaja boleh dijadikan sajian makanan yang berkhasiat dan mengenyangkan, malah ia juga memberikan banyak manfaat kesihatan. Kedua-dua produk ini boleh didapati di mana-mana pasar raya berhampiran.

Emping oat bukan sahaja berkesan menurunkan tahap kolesterol darah tetapi juga menjamin kesihatan usus dengan menyediakan sumber nutrien secara perlahan-lahan dan konsisten seperti mana yang diperlukan untuk membaharui sel-sel usus.

Serat merangsangkan pengeluaran air liur, yang memudahkan anda mengunyah dan menelan. Apabila berada dalam perut, ia membantu mencairkan kandungannya, menjadikannya lebih mudah untuk dihadam.

Serat dalam usus kecil membantu memperlahankan kadar penghadaman nutrien dalam makanan. Ini memastikan semua nutrien dalam makanan digunakan oleh badan.

Serat juga membantu mencegah banyak masalah ketidakselesaan yang dialami oleh orang tua, seperti sembelit dan buasir.

Oat mengandungi lebih banyak kalsium, protein, magnesium, zat besi, zink, kuprum (copper), mangan (manganese), tiamin dan vitamin E berbanding makanan bijirin lain seperti gandum dan rai.

Seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, oat mengandungi fitokimia yang merupakan bahan kimia semula jadi dalam tumbuh-tumbuhan yang membantu menentang penyakit.

Oat secara khusus mengandungi banyak flavonoid yang merupakan antioksidan yang amat berkesan untuk membantu mencegah penyakit jantung.

Oat adalah juga makanan yang ideal untuk semua peringkat umur. Mudah diterima sebagai makanan pepejal permulaan untuk bayi dan juga orang tua, oat kerap digunakan dalam program membantu mangsa kebuluran kerana keupayaannya membekalkan khasiat pemakanan berkualiti secara tidak mahal.

Oat kini menjadi kegemaran di kalangan chef pastri untuk mencipta roti, biskut, mufin dan kek yang paling lazat dan sihat! Quaker mempunyai beberapa resipi masakan tempatan terkenal yang menggunakan oat seperti Rendang Ayam Quaker dan Pegedil Quaker.

Ada yang menambah emping oat ke dalam sajian kari kerana ia menjadikan kuah kari lebih pekat dan lebih lazat!

Anda juga boleh menggunakan oat sebagai salutan ikan dan ayam goreng. Dengan cara ini, anda boleh memuaskan cita rasa dan mendapat manfaat kesihatan daripada oat!

Usaha menjaga kesihatan jantung patut dimulakan dari kecil. Ibu bapa patut menyemaikan tabiat makan oat di kalangan anak-anak mereka dengan menggalakkan sarapan emping oat dan menambah oat ke dalam masakan.

Kuasa oat tidak boleh diperkecil kerana ia memberi khasiat kebaikan dan kesihatan yang menakjubkan untuk anda dan keluarga anda. Sempena Hari Jantung Sedunia yang diperingati di seluruh dunia pada 24 September. Mulakan tabiat mengambil oat hari ini untuk menjamin jantung yang lebih sihat!
korang boleh try buat oat mcm ni...



kadang2,korang boleh mkn je biskut oat...:)



SELAMAT MENCUBA...N JAGALAH KESIHATAN ANDA SEMUA AGAR DAPAT MELAKUKAN AMAL DEMI MENDAPAT RAHMAT-NYA..



No comments:

Post a Comment

Sparkly Santa Hat Ice Cream